Ciri Keselamatan Mana Paling Bagus, Honda City atau Toyota Vios?

Bagi mereka yang sedang mencari sebuah sedan yang selamat, selesa, dan senang untuk dijaga, ada dua pilihan utama yang popular dalam pasaran kereta sedan di Malaysia iaitu Honda City dan juga Toyota Vios.

Kedua-dua model sedan ini diminati ramai kerana ia sesuai untuk mereka yang bujang dan berkeluarga, mampu memberi pengalaman memandu yang seronok, dan juga menggunakan bahan api dengan efisien. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan yang penting bagi pemandu dan penumpang. Tetapi, antara kedua-dua kereta sedan ini, yang mana satu lebih sesuai untuk kegunaan harian anda?

Jom ikuti perbandingan antara ciri keselamatan Honda City dan Toyota Vios dalam artikel ini.

 

Yang Mana Satu Lebih Kukuh? Honda City atau Toyota Vios?

Apabila memilih kereta sedan, faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah ketahanan struktur kereta tersebut. Kedua-dua Honda City dan Toyota Vios telah dibina menggunakan teknologi khusus seperti yang berikut agar dapat dipandu dengan selamat dan mampu bertahan dalam kemalangan.

 

Honda City Dilengkapi dengan Teknologi Advanced Compatibility Engineering (ACE) & G Force Control (G-Con)

ACE dan G-Con yang ada pada Honda City merupakan teknologi inovatif yang direka khusus untuk meningkatkan ketahanan struktur kereta Honda semasa perlanggaran. Ia menggunakan pendekatan pintar dan strategik dalam mengagihkan daya impak secara berkesan bagi mengurangkan tenaga yang dipindahkan kepada pemandu dan penumpang ketika dalam kemalangan.

 

honda city vs toyota vios, honda logo

 

Toyota Vios Baru Dibina Menggunakan Platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA)

Manakala Toyota pula telah mengaplikasikan platform DNGA yang direka menggunakan teknologi terkini dalam pembinaan Toyota Vios baru mereka. Platform ini menjamin ketahanan yang luar biasa bagi kenderaan di samping memastikan ia boleh dipandu melalui apa jua keadaan di jalan raya.

 

honda city vs toyota vios, kereta toyota

 

Teknologi-teknologi ini membuktikan dedikasi Honda dan Toyota terhadap keselamatan dan kepuasan anda. Ia bukan sahaja dapat menjamin keselamatan pemandu dan penumpang secara menyeluruh, tetapi juga memastikan struktur kenderaan dapat kekal kukuh untuk jangka masa panjang.

 

Macam Mana dengan Sistem Beg Udara Pada Honda City & Toyota Vios?

Selain daripada struktur badan yang kukuh, ciri keselamatan seterusnya yang perlu diambil kira adalah jumlah beg udara yang ada pada kedua-dua kereta sedan ini.

 

airbag deployed, honda city vs toyota vios

 

Secara umumnya, beg udara diletakkan secara strategik pada bahagian dalaman kereta untuk memberi perlindungan maksimum kepada pemandu dan penumpang apabila berlaku kemalangan. Tetapi, tidak semua kereta dilengkapi dengan jumlah beg udara yang sama.

Sebagai contoh, berikut adalah jumlah beg udara yang ada pada Honda City dan Toyota Vios mengikut varian.

  1. Beg udara Honda City:
  • 2021 Honda City 1.5 S – empat beg udara
  • 2021 Honda City 1.5 E – empat beg udara
  • 2021 Honda City 1.5 V – enam beg udara
  • 2022 Honda City 1.5V Sensing – enam beg udara

2. Beg udara Toyota Vios:

  • 2023 Toyota Vios 1.5 E – enam beg udara
  • 2023 Toyota Vios 1.5 G – enam beg udara

Teknologi Keselamatan Apa yang Digunakan Dalam Honda City & Toyota Vios?

Baik Honda City mahupun Toyota Vios, kedua-duanya mampu memberi anda pengalaman memandu yang lebih selamat dan selesa dengan pelbagai fungsi keselamatan canggih yang berteknologi tinggi. Model-model ini dilengkapi dengan fungsi sistem bantuan pemandu lanjutan atau (ADAS) yang inovatif seperti berikut:

 

Baik Honda City mahupun Toyota Vios, kedua-duanya mampu memberi anda pengalaman memandu yang lebih selamat dan selesa dengan pelbagai fungsi keselamatan canggih yang berteknologi tinggi. Model-model ini dilengkapi dengan fungsi sistem bantuan pemandu lanjutan atau (ADAS) yang inovatif seperti berikut:

 

Honda City Dilengkapi dengan Honda Sensing

Gabungan teknologi canggih dalam sistem keselamatan Honda Sensing menjadikan Honda City keluaran tahun 2021 sebuah kereta sedan yang mantap dan selamat. Ia disertakan dengan pelbagai ciri canggih seperti:

  • Bantuan Kekal Laluan (Lane Keeping Assist)
  • Sistem Amaran Keluar Laluan (Road Departure Mitigation)
  • Kawalan Peluncuran Adaptif (Adaptive Cruise Control)

Semua ciri-ciri keselamatan inovatif ini mampu mengubah kelajuan kenderaan anda, mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan, dan memberi amaran awal tentang keadaan bahaya secara pintar serta menjadikan perjalanan jauh lebih selesa dan selamat.

 

Toyota Vios Dilengkapi dengan Toyota Safety Sense

Toyota Vios baru keluaran tahun 2023 pula digandingkan dengan teknologi moden yang ada pada Toyota Safety Sense. Ia menawarkan pelbagai fungsi sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) seperti:

  • Pengesan Titik Buta (Blind Spot Monitor)
  • Amaran Trafik Lalu Belakang (Rear Cross-Traffic Alert)
  • Monitor Pemandangan Panorama (Panoramic View Monitor)
  • Sistem Pra-Perlanggaran (Sistem Pengelakan Perlanggaran)
  • Kawalan Peluncuran Adaptif (Adaptive Cruise Control)

Selain memberi anda pengalaman memandu yang lancar, kesemua fungsi ini mampu membantu meningkatkan respons pemandu dalam keadaan kecemasan untuk mengelakkan atau mengurangkan kesan perlanggaran. Ini dapat memastikan pemandu dan penumpang selamat apabila berada di jalan raya.

 

Apa Ciri Keselamatan Kanak-Kanak yang Ada Pada Honda City & Toyota Vios?

Untuk mereka yang berkeluarga, ciri keselamatan kanak-kanak adalah perkara penting yang perlu diambil kira apabila membeli kereta. Kedua-dua Honda City dan Toyota Vios menawarkan kunci keselamatan kanak-kanak pada pintu hadapan serta belakang dan penambat ISOFIX pada tempat duduk belakang. Ini adalah ciri-ciri penting untuk memastikan penumpang cilik anda selamat dan dilindungi semasa memandu.

 

mother putting baby in baby seat in car, honda city vs toyota vios

 

Bagaimana dengan Penilaian Keselamatan untuk Honda City & Toyota Vios?

Satu cara untuk mengetahui jika kereta yang anda mahu selamat untuk dibeli adalah dengan menyemak penilaian yang dicapai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara atau ASEAN NCAP. Pencapaian penilaian tertinggi 5 bintang bagi Honda City dan Toyota Vios adalah tanda kesungguhan Honda dan Toyota dalam membuktikan yang keselamatan pemandu dan penumpang merupakan keutamaan mereka apabila menghasilkan kereta.

Tak kira mana-mana jenama kereta sedan yang anda pilih, keselamatan haruslah diutamakan. Kedua-dua Honda City dan Toyota Vios mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan yang sesuai dengan keperluan pemanduan anda. Daripada struktur yang kukuh hingga sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang mampu menjamin keselamatan anda dan penumpang anda, kereta sedan ini dilengkapi dengan semua yang diperlukan untuk memastikan ketenangan jiwa anda semasa memandu di jalan raya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *