Kereta Mampu Milik dengan Gaji RM3000 dan Ansuran Bulanan Maksimum RM500?

Kemampuan anda untuk membayar hutang ansuran bulanan merupakan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum memiliki kereta sendiri. Membeli kereta tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika anda mengambil kira kos-kos tambahan lain yang perlu ditanggung seperti kos penyelenggaraan dan servis kereta, kos renew insurans kereta, cukai jalan dan kos luar jangka yang lain seperti kerosakan dan sebagainya.

Namun begitu, anda boleh mempertimbangkan kereta murah jenama tempatan seperti Perodua dan Proton untuk mengelakkan anda daripada menanggung beban kewangan dan ansuran bulanan yang sangat tinggi.

 

Cara Betul Kira Bajet Sebelum Beli Kereta Baharu

Bagi sesetengah fresh grad atau mereka yang baru mula bekerja, faktor lokasi kerja atau tinggal di kawasan dengan akses pengangkutan awam yang terhad mendorong mereka untuk membeli kereta untuk memudahkan urusan pengangkutan. Dua formula berguna sebelum anda beli kereta murah yang sesuai dengan gaji bulanan anda. Namun sebelum itu, anda mungkin perlu mengambil kira checklist di bawah sebelum membuat keputusan:

  1. Berapakah amaun gaji yang layak untuk beli kereta pilihan?
  2. Apakah model kereta yang boleh dibeli sesuai dengan amaun gaji diterima?
  3. Berapakah amaun yang perlu diperuntukkan untuk servis kereta, tol, kos petrol bulanan, road tax, insurans, dan lain-lain?

 

Kunci kereta diserahkan kepada pemilik baharu

 

Formula #1 – Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan

Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda adalah sebanyak RM2,800 sebulan – harga kereta yang boleh anda beli mestilah tidak melebihi RM33,600 (RM2,800 X 12 bulan). Anggaran gaji tahunan ini membolehkan anda memiliki sekurang-kurangnya Perodua Axia atau Proton Saga.

 

pinjaman untuk pesara, elderly man sign document

 

Formula #2 – Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15% Gaji Bulanan

Dengan gaji bulanan sebanyak RM2,800 – anggaran bayaran bulanan yang ideal berdasarkan kelayakan gaji anda adalah sebanyak RM420. Dengan nilai ansuran sebanyak RM420 ini, anda boleh mempertimbangkan untuk memiliki sama ada Proton Saga, Proton Iriz, Perodua Axia, atau Perodua Bezza.

 

Kereta Murah Dengan Bajet Ansuran Bulanan Maksimum RM500!

Namun begitu, jika anda mempunyai bajet yang terhad dan ingin memiliki kereta murah yang berbaloi, murah dan selesa. 19 buah kereta yang boleh dimiliki dengan anggaran bayaran bulanan maksimum sebanyak RM500 sebulan (pengiraan berdasarkan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran pendahuluan sebanyak 10% dan kadar faedah 3.5% – harga sebelum pengecualian cukai kereta (SST).

 

ModelVarianHargaAnggaran Ansuran Bulanan
Proton Saga1.3L Standard MTRM32,800RM359.43
1.3L Standard ATRM35,800RM392.32
1.3L Premium ATRM39,800RM436.14
Proton Iriz1.3L Standard MTRM36,700RM402.17
1.3L Standard CVTRM39,700RM435.05
1.3L Executive CVTRM44,700RM489.84
Proton Persona1.6L Standard MTRM42,600RM466.83
1.6L Standard CVTRM44,600RM488.74
Perodua Axia1.0L E MTRM24,090RM264.00
1.0L G ATRM33,490RM367.00
1.0L GXtra ATRM34,990RM383.00
1.0L Style ATRM38,890RM426.00
1.0L SE ATRM38,890RM426.00
1.0L Advance ATRM43,190RM473.00
Perodua Bezza1.0L G MTRM34,580RM379.00
1.0L G ATRM36,580RM401.00
1.3L X ATRM43,980RM482.00
Perodua Myvi1.3L G MTRM42,790RM469.00
1.3L G ATRM44,590RM489.00

 

Selain spesifikasi dan jenama, anda perlulah mempertimbangkan harga dan ansuran bulanan yang perlu dibayar termasuk kos servis kereta, kadar tol dan parking, perbelanjaan minyak kereta dan sebagainya.

Jika anda bergaji RM3000 sebulan dan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta murah yang bersesuaian dengan gaji dan bajet, anda bolehlah mempertimbangkan untuk memiliki lima (5) cadangan kereta murah berikut:

 

5 Kereta Murah yang Boleh Dimiliki dengan Gaji Sebanyak RM3000

Kami senaraikan kereta berjenama tempatan yang menarik dan semestinya sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda yang boleh anda miliki dengan gaji sebanyak RM3000. Harus diingatkan bahawa ansuran bulanan kereta anda mestilah tidak melebihi 15% daripada gaji anda ya! Antara kereta yang boleh anda beli dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan ialah:

  1. Nissan Almera – RM381/bulan
  2. Proton Ertiga 2017 – RM425/bulan
  3. Perodua Bezza X Premium 2018 – RM425/bulan
  4. Proton Saga Standard 2018 – RM322/bulan
  5. Perodua Myvi SE 2017 – RM434/bulan

 

Perodua Myvi SE

 

Kereta murah yang dipaparkan merupakan antara kereta pilihan pengguna yang paling popular dan paling laris di Malaysia dengan ciri keselamatan terbaik sesuai untuk kegunaan harian. Pembelian kereta mengikut kemampuan (kewangan dan kos penyelenggaraan) boleh mengelakkan anda daripada terbeban dengan beban hutang yang sangat tinggi pada usia muda. Malah, kereta murah juga tidak menelan belanja servis kereta yang tinggi berbanding kereta import lain di pasaran.

Membeli kereta terpakai sebagai kereta pertama atau kedua anda amat sesuai  jika anda tidak mahu terikat dengan beban kewangan yang tinggi. Dengan tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding model baharu, semestinya kereta terpakai merupakan satu pilihan yang bijak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *