Sekarang dah hampir masuk penghujung tahun dan ini bermaksud musim hujan akan datang kembali! Bagi yang tak biasa dengan cuaca di Malaysia, di sini ada dua musim – musim panas dan musim hujan, dan menuju hujung tahun, kita akan dilanda hujan lebat kerana kedatangan musim monsun.
Bagi mereka yang memandu, keadaan hujan lebat mungkin akan menyukarkan pemanduan kerana penglihatan yang terhad dan keadaan jalan yang licin. Jadi, berikut adalah beberapa tips keselamatan yang boleh anda ikuti semasa memandu ketika hujan!
7 Tips Untuk Anda Kekal Selamat
Periksa Tayar & Pengelap Cermin Depan
Antara amalan yang bagus dibuat adalah memeriksa tayar dan pengelap sebelum anda memulakan perjalanan ketika ujan. Tayar kereta anda tak sepatutnya botak di mana bunga tayar anda perlu mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 2mm kerana apa-apa yang lagi nipis daripada ini boleh mengakibatkan kereta anda boleh menyatah air (aquaplaning) disebabkan tayar kehilangan cengkaman di atas jalan.
Pengelap cermin depan pula sepatutnya diperiksa setiap 6 bulan untuk memastikan ia boleh mengelap air daripada cermin depan untuk penglihatan lebih jelas. Cuaca panas juga boleh menyebabkan pengelap kering dan merekah jadi pemeriksaan berkala sangat-sangat penting.
Tak kisahlah apa yang terjadi sekalipun, anda tak boleh memandu laju semasa hujan lebat kerana ia boleh membahayakan anda dan pemandu lain. Anda sepatutnya mengurangkan kelajuan semasa hujan dan jalan basah. Kalau anda perlu sampai awal, anda boleh berlotak lebih awal sedikit supaya anda tak perlu bergegas di atas jalan sekiranya hujan.
Hidupkan Lampu Depan
Sekalipun kalau hujan di waktu siang, ia boleh menjejaskan penglihatan di atas jalan jadi anda perlu memasang lampu depan anda dengan segera. Ia bukan sahaja dapat membantu anda melihat dengan lebih jelas, tetapi juga boleh memberi isyarat kepada pemandu lain yang anda berada di situ dan sedang bergerak.
Tapi tak kira berapa lebat pun hujan dan jika kenderaan anda sedang bergerak, lampu kecemasan sepatutnya TIDAK dipasang! Bagi mereka yang tidak tahu, lampu kecemasan hanya boleh dipasang ketika anda memberhentikan kereta anda untuk memberi isyarat kepada pemandu lain.
Pegang Stereng Dengan Dua Tangan
Anda diajar untuk memegang stereng dengan kedua-dua belah tangan untuk satu sebab, supaya anda boleh mengawal kereta anda! Cara ini betul-betul berguna lagi-lagi apabila anda sedang memandu dalam keadaan hujan lebat dengan angin yang kuat.
Anda perlu memegang stereng dengan kemas menggunakan kedua-dua tangan anda untuk mengelakkan kereta anda daripada tergelincir di atas jalan dengan mudah memandangkan jalan licin.
Jaga Jarak Dengan Kereta Depan
Ingat tak peraturan 12 saat yang anda belajar semasa mengambil lesen memandu? Cuma nak ingatkan kembali, peraturan 12 saat merujuk kepada jarak anda kereta anda dengan kereta di depan anda.
Kenapa 12 saat? Kerana sekiranya tiba-tiba kereta hadapan menekan brek, anda akan ada masa yang mencukupi untuk bertindak dan menghentikan kereta anda sebelum apa-apa terjadi. Seperti yang kami katakan, risiko untuk kemalangan berlaku semasa hujan lebih tinggi jadi anda haruslah menjaga jarak selamat semasa memandu.
Elakkan Guna Kawalan Pandu (Cruise Control)
Kawalan Pandu (Cruise Control) merupakan fungsi pemanduan yang sepatutnya hanya digunakan ketika jalan kering kerana jika digunakan semasa hujan, anda berisiko untuk hilang kawalan semasa memandu.
Kawalan Pandu membolehkan kereta anda dipandu pada kelajuan tetap, tapi ketika hujan, susah untuk anda memperlahankan kereta anda yang boleh membuatkan keadaan jadi lagi buruk. Kereta anda juga akan memecut jika ia menyatah air ketika anda mengaktifkan fungsi Kawalan Pandu dan ini akan membahayakan nyawa anda sebagai pemandu.
Tenang Jika Satah Air (Aquaplane) Berlaku
Satah air (aquaplane) terjadi apabila satu lapisan air terbina di antara tayar dan permukaan jalan yang membolehkan anda kehilangan kawalan ketika memandu. Ketika satah air terjadi, anda boleh perasan apabila stereng anda terasa ringan dan tidak responsif dan anda akan dengar bunyi air memasuki ruang tayar kereta anda.
Jika ini terjadi, anda perlu kekal tenang dan cuba untuk tidak menekan brek kerana ia akan menyebabkan kereta anda menggelincir. Apa yang perlu anda buat adalah alihkan kaki daripada pedal minyak dan biarkan kereta anda perlahan dengan sendiri sehingga tayar menyentuh jalan kembali. Anda kemudiannya boleh menekan brek dengan perlahan-lahan dan membetulkan kedudukan kenderaan anda.