3 Punca Aircond Kereta Tak Sejuk dan Tip Penyelenggaraan Aircond Kereta

Aircond kereta atau penyaman udara kereta memainkan peranan penting lebih-lebih lagi buat pengguna kereta di Malaysia. Sistem penyaman udara yang baik yang dapat menyejukkan ruang kabin kereta amatlah penting terutama sekali apabila berhadapan dengan cuaca panas di Malaysia. Bayangkan jika anda ingin keluar membeli barangan dapur pada waktu tengah hari ditambah pula dengan prestasi aircond kereta anda yang tidak lagi sejuk seperti biasa semestinya boleh merosakkan mood dan menyebabkan ketidakselesaan.

Di bandar-bandar besar, membuka tingkap semasa memandu pada waktu puncak bukanlah pilihan yang bijak kerana anda berisiko terdedah kepada jenayah dan pencemaran udara.

 

Punca Aircond Kereta Tak Sejuk

1 Kekurangan Bahan Penyejuk

Jika aircond kereta anda tidak lagi mengeluarkan angin sejuk, ini menandakan sistem aircond kereta anda perlu dicaj semula. Ini bermaksud, anda perlu menambah bahan penyejuk atau refrigerant tambahan ke dalam sistem aircond kereta anda untuk membolehkannya mengeluarkan angin sejuk seperti biasa. Anda juga boleh mendapatkan bantuan pihak profesional untuk menjimatkan masa sekali gus dapat memastikan proses penyelenggaraan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang betul.

 

2 Kebocoran Bahan Penyejuk

Biasanya, kebocoran dalam sistem penyejuk sukar dikesan kerana bendalir penyejuk cecair mudah tersejat ke udara. Mekanik pakar menggunakan peralatan khas untuk mengesan penurunan tekanan bendalir penyejuk dalam sistem.Terdapat petunjuk bahawa terdapat kebocoran bendalir penyejuk dalam sistem penyaman udara kereta anda.

  • Terdapat bunyi semasa penyaman udara kereta dihidupkan
  • Kitaran penyaman udara on atau off dengan kerap
  • Terdapat bunyi daripada sistem penyaman udara (semasa enjin dimatikan)
  • Terdapat sisa-sisa minyak di sekitar hos dan aksesori paip penyaman udara

 

3 Kegagalan Motor Kipas

Selain itu, salah satu punca utama masalah aircond kereta yang tidak sejuk adalah kegagalan motor kipas yang terletak di bahagian depan enjin kenderaan. Pastikan motor kipas sentiasa berfungsi dengan baik kerana ia tidak hanya meningkatkan keselesaan anda tetapi juga mengoptimumkan penyejukan terutamanya di kawasan enjin kereta.

Anda boleh melakukan pemeriksaan visual dengan membuka bonet semasa enjin beroperasi untuk memastikan motor kipas berfungsi dengan betul. Jika motor kipas tidak berfungsi, kemungkinan masalah terletak pada fius yang terbakar, relay yang rosak, atau motor kipas yang perlu digantikan.

 

 

Tips Penjagaan Aircond Kereta

Penjagaan sistem penyaman udara atau aircond kereta adalah penting untuk memastikan keselesaan semasa memandu. Berikut adalah 4 tip penjagaan yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian :
Jadualkan pemeriksaan profesional secara berkala

Untuk memastikan sistem aircond kereta anda sentiasa dalam keadaan baik, disarankan untuk menyelenggara sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini penting untuk mengesan masalah yang mungkin timbul dan menjaga prestasi komponen penting seperti cooling coil dan compressor. Pembersihan dan pemeriksaan berkala juga membantu memanjangkan jangka hayat sistem tersebut.

Bersihkan Penapis Udara

Untuk kebanyakan kereta moden, penapis udara terletak di ruang kompartmen pada papan pemuka di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Anda boleh dengan mudah menanggalkannya untuk membersihkan kotoran yang terlekat. Penapis udara perlu dibersihkan atau diganti bergantung pada keadaannya. Pastikan penapis yang dibersihkan benar-benar kering sebelum dipasang semula ke dalam ruang kompartmen.

 

 

Buang Daun Kering atau Objek Asing

Pastikan untuk memeriksa gril luar kereta, terutama di sekitar cermin hadapan, dan buang daun kering atau serpihan lain yang mungkin melekat di sana. Ini membantu mencegah masuknya benda-benda asing ke dalam sistem aircond kereta anda yang boleh menyumbatnya. Selain itu, pastikan untuk membuka hud kereta dan periksa condenser. Buang serpihan atau objek asing yang terdapat di sana untuk memastikan prestasinya tidak terganggu.

Hidupkan Aircond Kereta Anda Secara Berkala

Selain menghidupkan enjin kereta, disarankan untuk menghidupkan penyaman udara sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 10 minit. Setel kipas ke kelajuan tertinggi dan tetapan paling sejuk. Ini membantu mengekalkan tekanan gas dan memastikan pemampat berfungsi dengan baik.

 

 

Langkah-langkah ini diharap dapat membantu anda menjaga prestasi sistem aircond kereta anda. Patuhi langkah-langkah ini untuk mengelakkan belanja yang besar untuk membaikinya jika berlaku kerosakan yang lebih serius.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *