10 Dashcam Terbaik Di Malaysia untuk Tahun 2023

Menurut laporan Free Malaysia Today, sebanyak 418,237 kemalangan telah dilaporkan sepanjang tahun 2020 di Malaysia. Ini antara sebab kenapa semakin ramai pemandu mula mencari dashcam yang terbaik untuk kereta mereka.

Sebuah dashcam mungkin tidak akan menyelamatkan kereta anda daripada kemalangan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh merekod apa yang terjadi untuk menjamin keselamatan anda, membuktikan yang anda tidak bersalah, dan ia mungkin boleh mengelakkan anda daripada menanggung kos yang mahal akibat kemalangan.

Berikut merupakan 10 jenama dashcam yang terbaik di Malaysia dan cara untuk anda memilih dashcam yang sesuai untuk kereta anda.

 

1. DDPAI Mola N3 Dash Cam

 

 

DDPAI Mola N3 Dash Cam mempunyai reka bentuk yang minimalistik dan kemasan hitam matte yang bergaya. Ia menawarkan rakaman dengan resolusi 1600P yang berkualiti tinggi dan mampu merakam setiap butiran jalan dan juga nombor pendaftaran kereta dengan jelas. Dijual pada harga RM219 untuk versi asas dan RM249 untuk versi GPS, ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari dash cam yang boleh dipercayai tanpa perlu berbelanja banyak.

 

2. AZDOME M17 Pro Dash Cam

 

 

Siapa kata anda tak boleh dapatkan dashcam canggih dengan harga serendah RM169? AZDOME M17 Pro Dash Cam dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti G-sensor dan mod parkir dalam satu pakej mesra bajet. Dengan kamera FHD 1080P, sudut pandangan 150 darjah yang luas, dan skrin IPS 3 inci yang besar, ia dapat memberikan rakaman video yang jelas.

 

3. 70mai 1S Smart Dash Cam

 

 

Anda mahukan dashcam yang pintar untuk kereta anda? 70mai 1S Smart Dash Cam adalah pilihan yang tepat untuk anda! Peranti ini mempunyai beberapa ciri menarik seperti rakaman FHD 1080P dengan sudut pandangan 130 darjah, aplikasi telefon pintar yang mudah digunakan dan juga sistem kawalan suara yang canggih. Anda boleh mendapatkan semua fungsi ini pada harga RM165 saja!

 

4. Asawin A12 Dash Cam

 

 

Dengan paparan IPS HD 3-inci, Asawin A12 Dash Cam menawarkan pemandangan jalan yang lebih jelas dan lebih besar. Sistem dwi-kameranya berupaya memberikan rakaman yang jelas dalam resolusi 2K bagi kamera hadapan dan 480P untuk kamera belakang. Anda boleh dapatkan dashcam ini pada harga yang berpatutan sebanyak RM178!

 

5. Asawin H5C 10 Rear View Mirror Dash Cam

 

 

Salah satu model dashcam yang semakin popular sekarang adalah dashcam dengan skrin besar yang biasanya dipasang pada cermin pandang belakang kereta. Asawin H5C 10 Rear View Mirror Dash Cam dilengkapi dengan skrin sentuh IPS HD bersaiz 10 inci, kamera hadapan dengan resolusi rakaman 1080P, kamera belakang dengan resolusi rakaman 720P, dan pelbagai ciri canggih seperti G-sensor, mod parkir, mod penglihatan malam, dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan dashcam ini pada harga bermula daripada RM144 sahaja!

 

6. Safecam A33 Dash Cam

 

 

Dengan harga hanya RM129, Safecam A33 Dash Cam dilengkapi dengan kamera hadapan dengan resolusi 1080P dan sudut pandangan 170 darjah yang luas untuk merakam setiap butiran semasa anda memandu di jalan raya, serta kamera dalaman 480P dan kamera belakang 480P agar anda terlindung daripada setiap sudut dalam apa jua keadaan.

 

7. Trapo i-Sight Dash Cam

 

Trapo i-Sight Dash Cam menawarkan dua pilihan model dashcam yang boleh didapatkan mengikut bajet anda. Model T-350 adalah model permulaan yang menawarkan resolusi rakaman 2K yang jelas dan fungsi kawalan suara supaya anda boleh mengawal dashcam dengan mudah semasa memandu.

 

 

Manakala T-550 pula adalah model yang lebih canggih yang dilengkapi dengan rakaman video 4K yang jelas dan juga kamera belakang FHD. Kedua-dua model disertakan dengan fungsi  GPS untuk menjejaki laluan dan lokasi anda dengan tepat sepanjang perjalanan anda.

 

8. Dosen 3-Inch Dash Cam

 

 

Untuk rakaman yang jelas di bahagian dalam dan luar kereta, anda boleh dapatkan Dosen 3-Inch Dash Cam yang bersaiz kecil tetapi mempunyai pelbagai ciri yang canggih. Selain daripada skrin yang jelas, dashcam ini dilengkapi dengan kamera hadapan dengan resolusi 1080P, kamera bahagian dalam yang terang, mod parkir 24 jam dan banyak lagi. Harganya juga amat berpatutan, cuma bermula daripada RM99 sahaja!

 

9. SouthOcean 1080P Dash Cam

 

 

Ini merupakan pilihan dashcam yang paling murah dalam senarai ini. SouthOcean 1080P Dash Cam boleh didapati dengan harga bermula daripada RM80 sahaja tetapi ia dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda mahukan dalam sebuah dashcam! Kamera hadapannya mampu memberi rakaman dengan resolusi 1080P dan kamera belakang pula mempunyai resolusi 720P. Ia juga didatangkan dengan mod parkir dan boleh dikawal menggunakan aplikasi mudah alih dan sambungan Wi-Fi.

 

10. Infinity XH202 Dash Cam

 

 

Alami kualiti rakaman yang unggul dengan Infinity XH202 Dash Cam, dilengkapi dengan tiga lensa sudut pandangan luas yang berupaya merakam secara serentak. Kamera hadapan dashcam ini mempunyai resolusi rakaman 1080P dan anda boleh menggunakan skrin IPS HD untuk memainkan semula rakaman tanpa perlu menggunakan apa-apa sambungan. Dashcam ini boleh didapati pada harga RM95 sahaja.

 

Cara Memilih Dashcam yang Terbaik untuk Kereta Anda

 

Kualiti Imej

 

Sekalipun anda ada rakaman sesuatu kemalangan daripada dashcam terbaik di Malaysia, ianya tidak berguna jika imej rakaman tersebut kabur dan anda tidak boleh melihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat.

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memilih dashcam dengan resolusi sekurang-kurangnya 720P untuk memastikan anda mendapat imej yang jelas. Kalau anda ada bajet lebih, dashcam dengan resolusi 2K atau 4K akan memberikan anda imej yang lebih jelas yang boleh membantu anda menang andai kata berlaku perang mulut selepas kemalangan.

Tambahan lagi, dashcam dengan resolusi tinggi memerlukan ruang simpanan yang lebih besar untuk menyimpan video anda. Jadi, jangan kedekut dengan kad memori. Rakaman satu minit dalam resolusi 4K memerlukan saiz memori kira-kira 450MB, jadi sangat disarankan untuk anda mendapatkan kad memori dengan saiz simpanan 128GB. Lagipun anda tak mahu kehilangan rakaman berharga di saat ia diperlukan.

 

dashcam terbaik malaysia, rear camera on player

 

Pilihan Lekapan

Untuk melekapkan dashcam anda, ada tiga cara yang boleh digunakan, bergantung kepada pilihan lekapan yang datang dengan dashcam anda.

 

Pelekat 

Lekapan yang paling biasa adalah menggunakan pelekat, biasanya pelekat dua sisi diletakkan pada permukaan dashcam dan pada cermin depan. Kaedah lekapan ini adalah yang paling kuat dan paling tahan lama tetapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Jika ia tidak dilekapkan pada sudut yang betul, dashcam anda mungkin tidak dapat merakam sudut pandangan yang membolehkan anda melihat semua yang berlaku di hadapan anda. Cermin hadapan kereta anda juga akan dipenuhi dengan kesan kotoran jika pelekat dipasang banyak kali. Dengan cara yang betul, dashcam anda tidak akan kelihatan ketara, tidak seperti menggunakan kaedah lain.

 

Cawan Sedut (Suction Cup) 

Cara kedua untuk melekapkan dashcam anda adalah dengan menggunakan tapak yang disambungkan kepada cawan sedut (suction cup) yang dilekapkan pada cermin depan. Cawan sedut sangat fleksibel untuk digunakan dan anda boleh laraskan ia untuk mendapatkan sudut rakaman yang betul.

 

dashcam terbaik malaysia

 

Walau bagaimanapun, lekapan ini tidak tahan lama dan ia memerlukan ruang yang banyak pada bahagian cermin depan. Lama-kelamaan, kekuatannya akan berkurangan dan sambungan yang memegang dashcam akan jadi makin longgar menyebabkan dashcam anda jatuh terkulai jika tidak dipasang dengan betul.

 

Disambungkan Pada Cermin Pandang Belakang

Cara ketiga yang anda boleh gunakan untuk melekapkan dashcam adalah menggunakan pendakap untuk memasang dashcam anda pada cermin pandang belakang. Melekapkan dashcam anda menggunakan kaedah ini sangat senang dan ia tidak akan nampak ketara kerana bersambung dengan cermin pandang belakang anda.

Tetapi kelemahan yang paling besar adalah sudut pandangan dashcam anda akan terhad pada sudut cermin pandang belakang. Dengan cara ini, anda tak boleh mendapatkan rakaman dengan betul apa yang terjadi di hadapan anda. Cara ini paling sesuai digunakan untuk dashcam yang mempunyai sudut rakaman yang luas.

 

Mod Parkir (Parking Mode)

Sesetengah dashcam mempunyai Mod Parkir (Parking Mode) yang membolehkan dashcam merakam secara automatik apabila ada pergerakan dikesan ketika kereta diparkir dan enjin dimatikan. Ia bertindak seperti kamera pengawasan yang menggunakan G-sensor atau pengesan pergerakan untuk memulakan rakaman.

Kelemahan ciri ini adalah ia boleh menyebabkan dashcam menggunakan kuasa bateri secara kerap. Untuk mengelakkan bateri kereta cepat habis semasa menggunakan fungsi ini, anda boleh buat sambungan terus kepada kotak fius kereta anda dengan menggunakan bateri luaran untuk menghidupkan dashcam anda.

 

Ketersambungan (Connectivity) 

Antara ciri yang patut anda lihat semasa memilih dashcam adalah pilihan ketersambungan (connectivity). Kebanyakan dashcam memerlukan anda untuk mendapatkan rakaman menggunakan kad memori sahaja, manakala ada dashcam yang tersedia dengan sambungan Bluetooth atau Wi-Fi terbina dalam untuk memudahkan anda mengambil rakaman.

Apa yang anda perlu buat cumalah sambungkan telefon anda kepada dashcam menerusi aplikasi (bergantung kepada jenama) dan anda boleh melihat dan menguruskan video dalam masa sebenar. Walaupun dashcam dengan fungsi sebegini biasanya mahal, tetapi anda boleh mengakses rakaman dengan cepat, yang sangat-sangat berguna ketika kecemasan.

Kalau anda memasang dashcam yang paling canggih sekalipun, ia tetap tidak boleh menghalang kemalangan daripada berlaku. Ingatlah untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati. Patuhi had laju, gunakan lampu isyarat dan fokus ke atas jalan ketika memandu.

Dengan ini, kami berharap anda boleh mendapatkan dashcam terbaik di Malaysia dengan ciri yang bersesuaian dengan keperluan anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *