Kereta Anda Tersengguk-Sengguk? Ini Mungkin Antara Punca Kereta Tersengguk-Sengguk

Siapa yang tak takut kalau kereta yang mereka pandu tiba-tiba tersengguk-sengguk atau bergegar. Kereta bergegar semasa tidak bergerak pun dah buat kita risau, apatah lagi kalau kereta tiba-tiba tersengguk semasa dipandu yang boleh mengejutkan anda dan menyebabkan kereta hilang kawalan. Jadi, apa sebenarnya punca kereta tersengguk-sengguk ini?

 

Punca kereta tersengguk-sengguk ini ada beberapa sebab sama ada penapis udara yang kotor ataupun pengubah bermangkin tersumbat. Jika dibiarkan lama-lama, pelbagai masalah lain boleh timbul di kemudian hari.

 

Kereta Tersengguk Ketika Dipandu

Bayangkan anda sedang memandu pada kelajuan yang tetap di atas jalan raya dan tiba-tiba kereta anda tersengguk. Apa yang berlaku adalah kereta anda akan bergegar dengan kuat sebelum kembali normal atau dalam kes lain, terhenti seketika sebelum tiba-tiba kereta anda meluru ke depan apabila anda menekan pedal minyak.

 

 

Ini boleh jadi menakutkan lagi-lagi jika ada kereta lain berhampiran anda yang sedang memecut laju. Penyebab masalah ini termasuklah pemancit minyak (fuel injector) yang rosak atau sensor aliran udara yang bermasalah ataupun penapis udara yang kotor.

 

Kereta Tersengguk Ketika Kereta Tak Bergerak

Kadang-kadang, kereta anda boleh tersengguk, bergegar, berdetar walaupun tidak bergerak. Kalau bergegar sedikit itu mungkin biasa terutama bagi kereta lama tapi jika kereta bergegar teruk, ia mungkin berpunca daripada masalah struktur seperti sesendal yang dah haus atau pendakap enjin yang dah rosak.

 

Walaupun jarang berlaku, selain daripada bergegar dan tersengguk, enjin kereta anda juga boleh semput. Jika kereta anda dalam keadaan begini pada RPM yang rendah, mungkin ia disebabkan palam pencucuh atau sensor pendikit yang rosak.

 

Kereta Tersengguk Ketika Membrek

Masalah ini jarang berlaku tetapi ia tetap berbahaya. Kereta yang tersengguk ketika membrek boleh bergegar dengan teruk semasa berhenti. Kereta anda mungkin sudah kekurangan daya untuk berhenti yang boleh menyebabkan kemalangan lagi-lagi jika anda tak boleh berhentikan kereta anda apabila diperlukan. Jika kereta anda tersengguk ketika membrek, cakera/rotor brek kereta anda mungkin dah meleding atau ada serpihan pada brek kereta.

 

Apa Punca Kereta Tersengguk-Sengguk?

Kereta tersengguk boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Walaupun ada yang boleh dibaiki seperti menukar penapis udara, ada punca yang perlu diberikan lebih perhatian. Banyak punca yang menyebabkan kereta anda tersengguk boleh mencetuskan lampu amaran enjin, jadi ini merupakan antara tanda yang boleh anda kesan.

 

Palam Pencucuh Yang Rosak atau Haus

Palam pencucuh berfungsi mencetuskan arus elektrik daripada sistem pencucuhan ke kebuk pembakaran. ‘Cucuhan’ ini yang mencetuskan pembakaran campuran udara termampat dan bahan api yang kemudiannya menggerakkan omboh dalam silinder enjin. Jika palam pencucuh rosak, bahan api tidak boleh dicucuh dengan betul dan silinder tidak akan bergerak.

 

 

Penapis Udara Kotor

Penapis udara berfungsi mengelakkan kotoran dan serpihan dalam udara daripada memasuki enjin. Jika ia kotor, aliran udara jadi tersekat lalu mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam enjin. Ini menyebabkan nisbah oksigen kepada petrol di dalam enjin jadi tak seimbang yang menyebabkan enjin tak hidup. Hasilnya, kereta anda akan tersengguk dan tersentak terutamanya ketika kereta bergerak.

 

 

Kebanyakan masanya, enjin boleh mengatasi masalah ini dengan membakar lebih petrol untuk menghasilkan jumlah tenaga yang sama tetapi ini akan menjejaskan kecekapan petrol. Untuk mengelakkan ini terjadi, penting untuk menukar penapis udara setiap kali kereta diservis.  dalam enjin. Ini menyebabkan nisbah oksigen kepada petrol di dalam enjin jadi tak seimbang yang menyebabkan enjin tak hidup. Hasilnya, kereta anda akan tersengguk dan tersentak terutamanya ketika kereta bergerak.

 

Penapis Minyak Kotor

Sama seperti penapis udara, penapis minyak menyaring sebarang kotoran dan serpihan dalam petrol. Jika ia kotor, ia boleh menyekat minyak untuk masuk ke dalam enjin menyebabkan kereta anda tersengguk. Walau bagaimanapun, penapis minyak yang kotor juga boleh mencetuskan masalah lain seperti mengurangkan prestasi enjin ketika kereta dipecut, enjin mati ketika memandu, dan kereta susah nak dihidupkan.

 

 

Jika tidak diperiksa, penapis minyak yang kotor boleh menyebabkan komponen lain dalam sistem bahan api gagal berfungsi. Contohnya, pam minyak terpaksa bekerja lebih keras untuk menyalurkan lebih banyak minyak kepada enjin yang boleh menyebabkan ia menjadi panas dan rosak.

 

Pemancit Minyak (Fuel Injector) Tersumbat

Pemancit minyak berfungsi mengalirkan minyak pada kadar yang sama ke dalam silinder enjin kereta. Apabila pemancit minyak tersumbat, ia tidak dapat menyalurkan petrol pada jumlah yang betul dan tepat. Hasilnya, petrol tak dapat dibakar dengan betul dan menyebabkan enjin tak hidup. Kereta tersengguk disebabkan pemancit minyak tersumbat jarang-jarang berlaku tetapi masalah pemancit minyak ini boleh menyebabkan masalah kegagalan enjin jadi, jangan abaikannya.

 

 

Untuk mengelakkan pemancit minyak tersumbat, ia boleh dicuci dengan pencuci pemancit petrol cuma perlu tuangkan pencuci tersebut ke dalam tangki minyak mengikut arahan pada pembungkusan dan dah siap. Anda juga boleh merujuk kepada mekanik terdekat untuk tahu lebih lanjut mengenai pencuci pemancit petrol yang disarankan.

 

Masalah Transmisi

Saluran petrol yang tersumbat atau rosak boleh menjadi punca kereta anda tersengguk. Saluran petrol  mengalirkan petrol ke keseluruhan enjin dan kalau ada kebocoran atau saluran ini tersumbat, ia akan menyebabkan tekanan petrol tak sekata dalam enjin. Tekanan petrol yang rendah boleh menyebabkan enjin anda susah untuk dihidupkan yang menjadi punca kereta anda tersengguk. Jika tidak diperiksa, kebocoran daripada saluran petrol yang rosak boleh menyebabkan enjin anda terbakar!

 

Isu lain yang boleh menyebabkan kereta anda tersengguk seperti kerosakan unit kawalan transmisi (TCU). TCU mengawal perubahan yang terjadi dalam kereta anda semasa ia bergerak jadi kerosakan pada TCU boleh menyebabkan ada kesukaran untuk menukar gear yang menyebabkan kereta anda tersengguk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *