Jangan Ambil Mudah! Tanda Water Pump Kereta Rosak Yang Perlu Diberi Perhatian

Water pump kereta atau pam air berfungsi memastikan air coolant diagihkan secara konsisten melalui blok enjin, hos dan radiator kereta supaya suhu enjin kekal stabil dan selamat. Sekiranya water pump rosak atau tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan temperature kereta naik dan enjin menjadi terlalu panas, sekali gus meningkatkan risiko kerosakan gasket kereta dan kepala silinder. Lebih teruk lagi, ia berpotensi merosakkan keseluruhan sistem enjin sehingga memerlukan anda overhaul enjin kereta.

 

Water Pump Kereta: 5 Tanda Water Pump Rosak yang Perlu Anda Tahu

Secara amnya, anda disarankan untuk menyelenggara water pump sama seperti anda menyelenggara komponen penting lain dalam kereta. Jika aspek penyelenggaraan diabaikan, ia boleh menyebabkan kerosakan enjin kereta yang serius dan menelan belanja yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, penting untuk anda membiasakan diri dengan tanda water pump rosak bagi membolehkan anda mengenal pasti simptom kerosakan yang berlaku pada kereta anda dengan cepat.

 

Visioncar menyenaraikan lima (5) tanda water pump rosak untuk panduan anda seperti berikut:

 

1. Air Radiator Bocor

Umumnya, water pump terdiri daripada beberapa komponen penting seperti gasket dan pengedap (seal) yang menyimpan air coolant atau cecair penyejuk. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan aliran air coolant yang konsisten dari radiator ke enjin kereta. Meskipun begitu, water pump kereta terdedah kepada risiko kering, retak, haus atau pecah. Apabila kerosakan sebegini berlaku, air coolant berpotensi untuk bocor (biasanya bocor di bahagian hadapan, tengah enjin kereta).

 

Sekiranya anda mendapati anda kebocoran cecair (biasanya berwarna oren, hijau, merah jambu atau biru), hubungi mekanik anda dengan segera. Jika selamat, bawa kereta anda ke bengkel kereta terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Apabila berlaku isu kebocoran air coolant, mekanik biasanya akan menggantikan gasket atau pengedap.

 

2. Water Pump Berkarat, Ada Mendapan dan Kakisan

Kebocoran kecil pada water pump jika dibiarkan lama-kelamaan akan menyebabkan mendapan dan kakisan terjadi di sekeliling pam air. Malah, kebocoran kecil ini juga boleh menyebabkan water pump berkarat dan rosak. Periksa bonet depan kereta anda, jika ada karat pada permukaan, ia biasanya berpunca daripada dua (2) situasi berikut:

 

  1. Campuran air coolant yang tidak sesuai atau sudah tercemar; atau
  2. Penutup tekanan sudah rosak sehingga membolehkan udara berlebihan masuk ke dalam sistem.

Penggunaan air coolant yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan pengumpulan deposit dalam water pump. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kecekapan aliran air coolant dan melambatkan proses penyejukan enjin. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memeriksa ruang enjin secara berkala untuk pastikan tiada karat atau mendapan deposit muncul. Segera tukar water pump kereta jika anda mengesan simptom-simptom sebegini.

 

3. Tali Sawat Water Pump Longgar, Ada Bunyi Pelik

Sekiranya semasa memandu anda mendengar sebarang bunyi nyaring atau pelik daripada ruang enjin kereta anda, ia mungkin berpunca daripada water pump kereta anda. Bunyi nyaring yang kedengaran dan semakin kuat semasa anda memecut mungkin berpunca daripada tali sawat aksesori yang longgar. Biasanya, masalah ini dikaitkan dengan takal atau pulley yang sudah longgar, atau bearing yang mengoperasikan water pump haus atau rosak.

 

  • Jika anda mendengar sebarang bunyi pelik pada bahagian enjin, lakukan pemeriksaan dengan segera untuk mengenal pasti punca kerosakan. Ia boleh mengelakkan risiko kerosakan water pump yang lebih serius dan kos penggantian yang lebih mahal.

4. Temperature Kereta Naik, Enjin Kereta Overheat

Apabila water pump kereta rosak, ia tidak dapat mengalirkan air coolant dengan baik ke seluruh blok enjin dan menyebabkan enjin kereta overheat. Kereta overheat bukan sahaja boleh membahayakan nyawa, ia juga boleh memberi impak yang serius terhadap prestasi enjin kereta anda. Jika water pump tidak dibaiki atau ditukar dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan komponen lain dalam enjin kepala silinder, gasket kepala atau piston.

 

Sekiranya temperature kereta meningkat atau lampu amaran enjin menyala dengan kerap, besar kemungkinan berlaku kerosakan water pump kereta. Jangan bahayakan diri anda segera berhentikan kereta di bahu jalan dan tunggu sehingga enjin kembali sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Anda juga boleh hubungi peronda lebuh raya atau trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut dengan segera.

 

5. Kereta Berasap, Wap Keluar dari Radiator

Selain itu, jika anda mendapati ada kepulan wap putih keluar dari bahagian enjin kereta anda, segera berhentikan kereta anda ke kawasan selamat dan hubungi mekanik secepat mungkin. Jika perlu, hubungi trak tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel terdekat. Memandu semasa enjin berasap atau semasa enjin terlalu panas bukanlah suatu idea yang baik. Ia berpotensi boleh merosakkan enjin dan komponen lain, dan boleh menelan belanja yang lebih mahal sekiranya melibatkan kerosakan komponen lain dalam enjin.

 

Enjin kereta secara asasnya berupaya untuk mengekalkan suhu yang konsisten sekiranya water pump berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Sekiranya rosak, ia tidak lagi dapat mengalirkan air coolant ke radiator dengan baik sekali gus menyebabkan enjin kereta menjadi terlalu panas.

 

Servis Kereta: 5 Punca Water Pump Kereta Rosak

  • Pengedap lama atau telah usang terdedah kepada risiko kebocoran air coolant
  • Tali sawat kereta yang terlalu tegang memberikan tekanan tambahan pada shaft dan bearing, sekali gus meningkatkan risiko kerosakan seperti bocor dan patah
  • Bearing atau impeler yang haus, rosak boleh menjejaskan fungsi water pump dan menyebabkan enjin menjadi terlalu panas
  • Bahan penyejuk yang tidak sesuai, pembentukan karat pada pam air boleh menyebabkannya rosak
  • Pemasangan pengedap yang tidak sempurna, longgar boleh menjejaskan fungsi water pump
  • Tekanan sistem yang rendah (penutup radiator rosak, paras bendalir rendah, hos bocor, radiator tersumbat) boleh menyebabkan kegagalan pam air

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *